Pages

Tuesday 31 December 2013

Kalendar Puasa 2014.

Assalamualaikum~

Hari ni hari terakhir dalam tahun 2013 dan esok kita akan melangkah ke tahun 2014. Cepat betul masa berlalu, tak sangka. Tapi orang kata, kalau kita rasa masa tu cepat berlalu, maknanya kita banyak melakukan perkara sia-sia. Hmm. Rasa macam betul pulak, mudah-mudahan tahun 2014 kita akan jadi yang lebih baik dari sebelum ni dan banyak melakukan benda yang bermanfaat. Aamiin.

Haaa. CN sebenarnya nak share kalendar puasa untuk tahun 2014. Selalunya kita sibuk nak cari kalendar cuti betul tak? =) Kalendar ni versi Indonesia, boleh download & print kat sini JPG format atau PDF format . So, selamat berpuasa ye. heee.

Klik untuk besarkan^^

Adios.

Monday 2 December 2013

Kakak.

Kakak.

Rinduku padamu tidak pernah surut.
Sayangku padamu tidak pernah surut.

Tapi....

Marahku padamu tidak pernah surut.
Kecewaku padamu tidak pernah surut.

Hatiku terlalu ingin menatap wajahmu.
Hatiku terlalu ingin seperti dahulu.
Berkongsi cerita sepanjang malam suka duka kau dan aku.

Tapi...

Hatiku terlalu hancur luluh dengan sikapmu.
Sehingga menutup hatiku untuk berjumpa denganmu.
(00:05, 25/11/2013)

Aku dapat merasakan bahawa bait-bait itu mengandungi perasaan sebenar di dalam hati Mama. Luarannya terlalu kebal untuk dirempuh tetapi jika diselami hatinya, aku tahu remuk, hancur luluh.

Welcome to December.


Assalamualaikum & salam sejahtera ^^

Tak sangka dah masuk bulan Disember, cepat betul masa berlalu :'(
Baru je rasa masuk tahun 2013, tngok-tengok dah hujung tahun.

Anyway, CN nak ucapkan selamat melangkah ke bulan Disember dan diharapkan bulan ni lebih baik dari bulan yang sebelumnya ^^

Adios.



Thursday 21 November 2013

Ahmad Ammar Ahmad Azam

Ahmad Ammar telah pergi bertemu Rabbul jalal pada 2 November 2013 akibat daripada kemalangan di Istanbul, Turki. Bagi yang tidak mengenali beliau, boleh menonton video di bawah dan Ustaz Hasrizal juga ada menulis tentang beliau di SINI.

Sukar nak menyusun ayat tentang beliau tapi CN cukup kagum dan terasa diri ni jauh beza dengan beliau. Pada umur 20 tahun, CN masih lagi leka dengan duniawi yang tidak kekal ni. Berbeza dengan beliau yang banyak memikirkan tentang kebesaran Ilahi, agama Islam dan juga banyak membantu saudara Islam yang memerlukan.


Al-fatihah.
Wednesday 20 November 2013

Villa Nabila atau Christine Palace?

Sejak hujung miggu lepas, Villa Nabila trending kat twitter. Kenapa? Sebab ada laporan yang mengatakan 23 orang tidak dapat dikesan kerana hilang di dalam Villa Nabila, tapi hanya satu keluarga yang membuat laporan polis tentang kehilangan anak mereka. Pihak polis menyatakan bahawa berita tersebut, berita palsu yang disebarkan tanpa kesahihan. Budak yang hilang tu, dah dijumpai di rumah teman wanitanya. erkkk.
Macam-macam budak sekarang.

Sejak cerita Villa Nabila ni kecoh, CN pon membuat siasatan melalui google.com mengenai asal Villa tersebut dan menjumpai satu blog yang ada logiknya. Villa Nabila sebenarnya adalah Christine Palace milik Datuk Yap dan bukannya Villa Nabila yang kononnya ada budak mati dibunuh oleh orang gaji dan disimen dalam rumah itu.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila klik sini ^^

Kiri : Sekarang Kanan : Dulu




Adios ^^
Thursday 7 November 2013

Pembayaran Balik PTPTN. (Cara Mudah)

Assalamualaikum~

Rasa seram pulak baca tajuk :D

Setelah hampir 2 tahun setengah menamatkan pelajaran dan membutakan mata bila tengok iklan PTPTN, tiba-tiba hari ni tergerak hati nak bayar. Fuhhh. Rasa tenang sikit hati. Yela, hutang kan memang buat hati tak tenang.

Selama ni duk usha je website www.ptptn.gov.my , tapi tak jugak bayar. Sebab rasa macam complicated je cara bayar, tambah pulak takde duit sendiri (mak yang pegang duit) ^^. Rupanya senang je cara nak bayar, guna e-fes(fpx) je.

Langkah 1 :
Klik link di bawah. Masukkan No KP dan No Pinjaman. Kalau tak tahu no pinjaman, boleh telefon 03-2080 4455 untuk dapatkan no pinjaman.
http://epay.ptptn.gov.my/loan/ptptnlogin.html
Klik gambar untuk besar^^
Langkah 2 :
Klik pada checkbox, masukkan amaun yang nak dibayar dan klik bayar.
Peringatan caj sebanyak RM0.50 akan dikenakan.

Klik gambar untuk besar^^
Langkah 3:
Klik teruskan.

Klik gambar untuk besar^^
Langkah 4 :
Pilih melalui bank mana yang kita nak buat pembayaran, kemudian masukkan ID dan password online banking. 
Klik gambar untuk besar^^
Haa, senangkan. Tak susah mana pun, ambik masa 2-3 minit je. Tapi jangan lupa pulak nak print bukti pembayaran dan penyata fpx, nanti tak tahu pulak duit melayang ke mana.^^.

Selamat mencuba dan selamat membayar hutang~




Wednesday 6 November 2013

1K Giveaway By Cik Arnab. (1.11.13-30.11.13)

Assalamualaikum~

Ohh. Sangat terasa monday blues harini walaupun dah hari Rabu. Akibat cuti yang berderet selama 4 hari, macam la lama sangat^^. 

Okay, berbalik pada tajuk utama. Bulan ni Cik Arnab ada buat contest yang sangat simple tapi ada hadiah yang tersangatlah banyak. Syarat penyertaan dan senarai hadiah ada di bawah ataupun klik pada link di bawah terus ke blog Cik Arnab untuk keterangan lanjut.




Syarat Penyertaan
1. Buat simple entry yang bertajuk 1K Giveaway By Cik Arnab dan Backlinkan Ke Sini.
2. Wajib ikut syarat sponser. Beranikah anda terima hasil haram?
3. Pastikan link entry korang diletakkan di Comment Box di Entry Ini.
4. Para Sponser dibenarkan join.



Top Refferal Pertama
Creme
Lipstick
1x Clutch
Lip Mask
Eye Mask
Face Mask
WideShawl
10x Tudung
Gucci Shoes
Baju Kurung
R4BIA T-Shirt
2x Charm Bracelet
Hello- Kitty Lotion
100x Shiseido Mask
Guess Watch RM210
Meow Katy Perry Perfume

Top Refferal Kedua
Skirt
Purse
Dress
10x Tudung
Milk Lotion
Scarf Perfume
2x obuse lip tint
1x Charm Bracelet
Milk Body Cleanser
3 Paket Inner Bawal
Guess Watch RM70
Eyeliner Mascara 2 in 1
Twist Fantacy Britney Spears Perfume

Entry Kreatif
T-Shirt Mengikut Design Sendiri
Mug Mengikut Design Sendiri

Random
2x Rayban Spek Love You Mr. Arrogant
Bigbang Pencil Case
22x Shawl
3x Skirt
2x Blouse
1x Baju Muslimah
1x Stoking tangan
2x Novel
1x DKNY Perfume
4x Baju Kurung
1 Set Blouse
5x T-Shirt
1x Cardigan
3x pearl Cream
1x Madu
15x Keychain
3x Brooch
Telekung Lycra RM150
Telekung Cardigan LT RM130
Souvenir From USA
Earing
6x Topup RM5
3x Topup RM10
Dragonflies necklace Ariena
Chiffon Skirt
Jubah Mizna RM150
2x Shiseido Mask
2x Blog Review
Pad Herba
Kopi A Cafe
Minuman jaga usus
2x Necklace
Chocolate Cookies
10x Inner Bawal
Wide Shawl
2x Naturgo Mask
2x Inner Denim
2x Inner Neck Silang
3x Voucher ShawlToLove
2x HalfMoon Belinda
Palazo Soft Cotton *Postage Ditanggung Pemenang*


119 PEMENANG DICARI. JOM JOIN RERAMAI !