Pages

Tuesday 31 December 2013

Kalendar Puasa 2014.

Assalamualaikum~

Hari ni hari terakhir dalam tahun 2013 dan esok kita akan melangkah ke tahun 2014. Cepat betul masa berlalu, tak sangka. Tapi orang kata, kalau kita rasa masa tu cepat berlalu, maknanya kita banyak melakukan perkara sia-sia. Hmm. Rasa macam betul pulak, mudah-mudahan tahun 2014 kita akan jadi yang lebih baik dari sebelum ni dan banyak melakukan benda yang bermanfaat. Aamiin.

Haaa. CN sebenarnya nak share kalendar puasa untuk tahun 2014. Selalunya kita sibuk nak cari kalendar cuti betul tak? =) Kalendar ni versi Indonesia, boleh download & print kat sini JPG format atau PDF format . So, selamat berpuasa ye. heee.

Klik untuk besarkan^^

Adios.

Monday 2 December 2013

Kakak.

Kakak.

Rinduku padamu tidak pernah surut.
Sayangku padamu tidak pernah surut.

Tapi....

Marahku padamu tidak pernah surut.
Kecewaku padamu tidak pernah surut.

Hatiku terlalu ingin menatap wajahmu.
Hatiku terlalu ingin seperti dahulu.
Berkongsi cerita sepanjang malam suka duka kau dan aku.

Tapi...

Hatiku terlalu hancur luluh dengan sikapmu.
Sehingga menutup hatiku untuk berjumpa denganmu.
(00:05, 25/11/2013)

Aku dapat merasakan bahawa bait-bait itu mengandungi perasaan sebenar di dalam hati Mama. Luarannya terlalu kebal untuk dirempuh tetapi jika diselami hatinya, aku tahu remuk, hancur luluh.

Welcome to December.


Assalamualaikum & salam sejahtera ^^

Tak sangka dah masuk bulan Disember, cepat betul masa berlalu :'(
Baru je rasa masuk tahun 2013, tngok-tengok dah hujung tahun.

Anyway, CN nak ucapkan selamat melangkah ke bulan Disember dan diharapkan bulan ni lebih baik dari bulan yang sebelumnya ^^

Adios.